20 Mac 2011
INDAHNYA SKSB - KOLEKSI CIKGU RAHIM
ke udara pada 9:25 PTG oleh cyberboron | 2 ulasan |
Terima kasih cikgu!
Terasa teringin nak ucapkan ayat penghargaan ini secara beramai-ramai sambil berdiri di hadapan cikgu-cikgu yang pernah berbakti mendidik anak kampung Sungai Batu zaman berzaman.
Tulisan ini khas untuk memuatkan beberapa keping foto yang dipinjamkan oleh Cikgu Rahim yang pernah berkhidmat di SKSB sejak tahun 60an hingga penghujung 70an. Terima kasih cikgu!
Untuk makluman rakan-rakan alumni SKSB batch 70an, hasil pertemuan dengan Cikgu Rahim telah membawa kepada pertemuan semula dengan beberapa orang guru yang sezaman dengannya. Cikgu Ibrahim dan Cikgu Shamsiah kini di Ipoh. Cikgu Maimunah di Cameron Highland. Cikgu Zamri Abdullah telah kembali kerahmatullah. Insyaallah Cikgu Rahim, Cikgu Ibrahim, Cikgu Shamsiah, Cikgu Maimunah, Cikgu Siti Romainah dan Cikgu Maher akan hadir ke majlis pelancaran sambutan 100 tahun yang akan diadakan pada 25 Mac ini (Jumaat).
Sambil tu, tatapilah beberapa foto penuh nostalgia ini ....
04 Mac 2011
JOM JAYAKAN PELANCARAN SAMBUTAN 100 TAHUN!
ke udara pada 8:14 PG oleh cyberboron | 1 ulasan |
Untuk makluman semua bekas murid SKSB di seluruh pelusuk tanahair, Majlis Pelancaran sambutan 100 tahun sekolah kita akan diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) bermula pada jam 9.00 pagi di dewan kantin SKSB dan perkarangannya.
Ucapan dan upacara pelancaran akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T.
Bagi menjayakan majlis pelancaran ini, Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun SKSB memohon kemurahan hati semua pihak terutamanya bekas murid SKSB sudilah kiranya menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai kos majlis tersebut.
Sumbangan bolehlah dibuat melalui mana-mana cara berikut:
1. Cek atas nama PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU.
2. Dikreditkan melalui kaunter bank atau melalui mesin deposit atau pindahan wang melalui mesin ATM atau pindahan secara online ke dalam akaun PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU
NO. AKAUN MAYBANK : 1081 8605 1284
Kemurahan hati anda semua amat dihargai.
16 Februari 2011
SEJARAH KG SUNGAI BATU
ke udara pada 3:09 PG oleh cyberboron | 7 ulasan |
Lama sesudah zaman Antah Berantah dan zaman Gangga Negara, kampung Sungai Batu bermula sebagai penempatan baru yang sangat kecil dengan nama asalnya Sungai Agas. Keluarga besar warga kampung Sungai Batu hari ini hanya bermula pada petengahan abad ke 19 iaitu sekitar tahun 1830-1870 Masehi di era saki baki tempoh penjajahan Belanda dan Inggeris. Zaman kegemilangan Kerajaan Gangga Negara yang berpusat di Bruas dan zaman Antah Berantah yang terkenal dengan pelbagai versi pengkisahan sejarah itu tiada berkait dengan mana-mana nenek moyang penduduk kampung Sungai Batu hari ini.
Penempatan di kampung Sungai Batu hari ini (termasuk di sepanjang tepi jalan kampung Batu 51, Pantai Remis, Batu 17, Pengkalan Bharu, Sungai Tuntung sehingga ke Kampung Tengah Panchor) bermula dengan kedatangan sekumpulan warga negeri Kedah yang berpakat untuk membuka penempatan baru. (kisah ini akan diperincikan di hujung tulisan ini).
Semua kampung atau penempatan yang terletak lebih jauh sedikit ke belakang dari kedudukan jalan raya hari ini merupakan kampung atau penempatan yang baru; iaitu kampung Tanjung Ara, Padang Lenga, Matang Kerian, Matang Kubu, Matang Kurau, Parit Marikan, Tebuk Yan, Ujung Pasir, Matang Jambu dan Kampung Nelayan Sungai Batu (Pantai Tin).
Menurut riwayat daripada warga veteran kampung ini, di sekitar masa yang hampir sama dengan pembukaan kampung Sungai Batu di tanah datar yang bernama Sungai Agas itu, wujud juga penempatan di tanah tinggi Bukit Teluk Sera yang terletak di pinggir kampung Sungai Batu dan mengunjur sehingga ke Tanjung Batu. Kawasan itu menempatkan kira-kira 30 buah rumah dengan penduduk sekitar 100 orang. Kampung itu dipimpin oleh keluarga Tok Chat (mungkin Arshad) yang datang dari utara Pulau Pinang (atau Seberang Perai) yang berketurunan campuran Hainan. Mereka belayar dari utara dan berlabuh di kuala Sungai Kelian (yang terletak di kedudukan bekas lombong hari ini).
... akan bersambung ...
Pada suatu masa, perkampungan di Bukit Teluk Sera diserang oleh sejenis 'semut' dalam jumlah yang terlalu banyak sehingga menyebabkan penduduk di situ tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Jumlah semut yang banyak itu sangat mengganggu semua urusan harian. Tempat simpanan makanan dipenuhi semut. Tidur sentiasa diganggu oleh kehadiran semut. Bayi terpaksa diawasi 24 jam supaya selamat daripada hurungan semut. Aktiviti ekonomi juga terganggu kerana ketidakselesaan yang melampau akibat gangguan semut. Akhirnya penduduk sepakat mengambil keputusan berpindah turun dari tanah tinggi ke tanah datar di tepi sungai berhampiran penempatan sedia ada di kampung Sungai Agas yang kemudiannya bertukar nama kepada Sungai Batu. Penghijrahan ini berlaku pada tahun 1887.
Ketika itu Tok Chat mempunyai seorang anak kecil bernama Ibrahim. Keturunan Ibrahim inilah yang menduduki sebahagian daripada kawasan Permatang Jambu, Matang Kurau, Jalan Parit Marikan dan kampung-kampung berdekatan.
Kesan penempatan tua di tanah tinggi Bukit Teluk Sera masih boleh disaksikan di beberapa tempat sekitar Bukit Teluk Sera hari ini. Sejumlah batu nisan perkuburan lama masih berada di Bukit Teluk Sera. Salah satu daripada kawasan perkuburan itu terletak di bukit dari arah 'Katoq Pandan' (katoq bermaksud aliran air yang menuruni bukit atau air terjun bersaiz kecil).
Bentuk muka bumi kampung Sungai Batu dan seluruh kawasan Manjung Utara ini juga telah melalui proses perubahan bentuk yang ketara dalam tempoh yang panjang. Bukti dan analisis berdasarkan prosedur kajian sejarah menunjukkan sebahagian besar daratan yang membentuk kampung-kampung yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini, dulunya merupakan lautan yang berpantai di kawasan berhampiran bukit-bukit dari arah Bukit Gantang hingga ke Bruas. Catatan Tun Sri Lanang berkaitan kisah Gangga Negara menceritakan bahtera-bahtera yang masuk untuk berlabuh di pelabuhan Gangga dapat ditinjau dari pos peninjau yang terletak di sekitar bukit di antara Kampung Kota dan Gelung Pepuyu hari ini.
Penemuan beberapa bahagian badan bahtera dan peralatan bahtera besar di sepanjang Sungai Bruas pada jarak antara 9 hingga 17 kilometer daripada muara Sungai Bruas di Pantai Remis iaitu di sekitar hujung kampung Tanjung Ara Dalam dan kampung Bumi Hijau mengunjur sehingga ke kampung Pulau Meranti dan kampung Pulau Kabong membuktikan bahawa muara Sungai Bruas pada zaman dahulu terletak berhampiran dengan pekan Bruas atau di sekitar Kampong Kota Bruas. Gambaran ini membawa kepada benarnya kenyataan bahawa sebahagian besar kampung-kampung yang lebih dekat dengan lautan hari ini masih merupakan lautan pada zaman dahulu.
Keluarga besar kampung Sungai Batu dan kampung-kampung sekitarnya bermula dengan kedatangan Haji Mohd Tahir bin Haji Mohamad Amin bersama abangnya iaitu Haji Mohd Long serta sekumpulan kecil keluarganya dan beberapa orang rakannya.
Bapa kepada Haji Mohd Tahir iaitu Haji Mohamad Amin bin Haji Abdul Rahman menetap di Alor Mengkudu di daerah Kota Setar Kedah. Datuk kepada Haji Mohd Tahir iaitu Haji Abdul Rahman bin Syeikh Ahmad Al-Zabidi Al-Yamani atau lebih dikenali sebagai Tok Subuh merupakan ulama' besar berketurunan Arab Yaman yang datang ke negeri Kedah dari Nakhon Si Thammarat (di selatan Thailand hari ini). Beliau datang ke negeri Kedah bersama adiknya Ismail atas arahan bapanya (Syeikh Ahmad) yang diarahkan oleh Khalifah Kerajaan Othmaniah (Turki) untuk membantu Kerajaan Islam Kedah menghadapi rancangan serangan tentera Siam dari arah laut. Selepas berjaya mengalahkan tentera Siam, Haji Abdul Rahman terus menetap di Kedah dan berkahwin dengan gadis tempatan.
Perkahwinan mereka menghasilkan anak tunggal yang diberi nama Mohamad Amin. Haji Mohamad Amin dianugerahkan 6 orang anak iaitu Mohamad Long (kemudian berhijrah ke Perak dan menetap di Batu 17 Pantai Remis), Saad (menetap di Jalan Seri, Alor Setar, Kedah), Halimah (menetap di Sungai Kedak, Kuala Muda), Mohd Tahir (berhijrah ke Perak dan menetap di Sungai Batu, Pantai Remis), Shafie (berhijrah ke Trengganu dan menetap di Losong, Kuala Trengganu) dan Omar (menetap di Merbok, Kedah).
Haji Mohd Tahir dan abangnya Haji Mohd Long yang berhijrah ke Pantai Remis memulakan penempatan di dua seberang Sungai Bruas berhampiran pekan Pantai Remis hari ini. Haji Mohd Long membuka penempatan di seberang bahagian utara sungai (kampung Batu 17 hari ini) dan Haji Mohd Tahir di seberang bahagian selatan sungai (kampung Pantai Remis dan kampung Sungai Batu hari ini). Perkembangan penempatan yang dibangunkan oleh dua beradik ini ditambah pula dengan kedatangan beberapa orang anak Haji Saad dari Lorong Seri, Alor Setar, Kedah (Haji Saad adalah abang Haji Mohd Tahir dan adik kepada Haji Mohd Long).
Haji Mohd Tahir dikurniakan 8 orang cahaya mata iaitu Zabidi, Nawawi, Teh, Ahmad, Mahmud, Maryam, Aishah dan Abdul Hamid.
Haji Mohd Long dikurniakan 9 orang cahaya mata iaitu Senawi, Aishah, Aminah, Ali, Taib, Hussain, Som, Saadiah dan Fatimah.
Bagi maksud penulisan kisah kampung Sungai Batu, Haji Mohd Tahir adalah ayah 'besar' kepada sebahagian besar warga kampung Sungai Batu hari ini. Semua anak-anak Haji Mohd Tahir menetap di kampung Sungai Batu dan sekitarnya, lalu membentuk sebuah keluarga yang sangat besar sehingga ke hari ini. Jumlah cucu Haji Mohd Tahir hasil perkahwinan anak-anaknya ialah seramai 49 orang manakalanya cicitnya berjumlah 247 orang. Pada masa ini (tahun 2011) beberapa orang cucu Haji Mohd Tahir masih merupakan penduduk kampung Sungai Batu dan telah lahir generasi ke 5 selepasnya (satu generasi selepas anak, cucu, cicit, piut ... ?).
Senarai nama anak dan cucu Haji Mohd Tahir adalah seperti berikut:
ANAK | CUCU | |
1 - Zabidi 2 - Nawawi 3 - Teh 4 - Ahmad 5 - Mahmud 6 - Maryam 7 - Aishah 8 - Abdul Hamid | 1 - Mat Taib 2 - Mohd Ali 3 - Mariah (Edah) 1 - Muhammad (mati kecil) 2 - Maimunah (mati kecil) 3 - Mohd Yusuf 4 - Aminah 5 - Mohd Amin 6 - Mohd Khir 7 - Harith 8 - Abu Bakar (mati kecil) 9 - Omar (mati kecil) 10 - Kalthum 11 - Asma' 12 - Mohd Rejab 1 - Abdullah 1 - Zainab 2 - Omar (mati kecil) 3 - Othman (mati kecil) 1 - Rahmah 1 - Abu Bakar 1 - Hajar 2 - Hasan 1 - Tahir 2 - Asma 3 - Hawa | 4 - Abdul Rahim 5 - Maimunah 13 - Rahimah 14 - Maimunah 15 - Mohamad 16 - Fauziah 17 - Amir 18 - Safura 19 - Hannah 20 - Badariah 21 - Jamilah 22 - Isa 23 - Khadijah 24 - Zabidi 2 - Zainab 4 - Abdul Rahim 5 - Khadijah (Che' Amah) 6 - Maryam 2 - Halimah 3 - Mahmud 4 - Ahmad 5 - Ramlah 6 - Arbaiah |
Cucu kepada Haji Mohd Tahir yang masih ada sehingga hari ini (tahun 2011) ialah Mohd Rejab, Rahimah, Maimunah, Mohamad, Amir, Safura, Hannah, Badariah, Jamilah, Isa, Khadijah, Zabidi, Maryam dan Arbaiah.
Foto lama Madrasah Tarbiatul Atfal Ad Diniah Kampung Sungai Batu
15 Februari 2011
INTAN BERLIAN KELAHIRAN SKSB
ke udara pada 6:03 PG oleh cyberboron | 0 ulasan |
Assalamualaikum. Catatan ini bermaksud memulakan pencarian nama-nama hebat dan cemerlang dari kalangan bekas murid SKSB sepanjang zaman. Selayang pandang menoleh ingatan ke belakang, jelas terpentas beberapa butir bintang yang telah mengukir gemerlapan nama di bidang masing-masing. Graduan SKSB terbukti mantap.
Sekadar menyebutkan beberapa nama .....
Birokrat hebat ... Tuan Haji Mokhtar Ramli - mantan Pengurus Besar Amanah Ikhtiar Malaysia yang sebelumnya merupakan Pengarah Arkib Negara di beberapa buah negeri.
Dr. Zainon Mohamad - sedang bertugas sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Manjung.
Tuan Haji Abdullah Hashim - personaliti TV yang sangat dikenali (pengacara/pengulas rancangan sukan)
Ismail Ahmad - bekas pemain sepaktakraw kebangsaan yang pernah muncul sebagai juara dunia ketika Kejohanan Sepaktakraw Dunia kali pertama. Selepas meninggalkan skuad sepaktakraw kebangsaan sebagai pemain, tokoh sukan kita ini meneruskan kehebatannya memikul tugas sebagai jurulatih kebangsaan.
Tuan Haji Tarmizi Mohd Saad - kini sebagai Pengarah Eksekutif INFAQ YaPEIM Sdn Bhd. Sebelum itu berkhidmat di Kementerian Kewangan sejak menamatkan pengajian di menara gading.
Omor bin Saad - sedang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.
Doktor perubatan ... Dr. Ishak Ibrahim, Dr. Ibrahim Abu Bakar, Dr. (anak Cikgu Adnan .. sesiapa yang tahu, tolong maklumkan namanya).
Pensyarah IPT ... Prof. Madya Fathi Hussein, Azizi Lin, Mohamad Lin, Mohd Razin Osman dan tak kurang daripada 15 nama lain (tolong maklumkan kepada kami).
Peguam ... Faisal Abd Ghafar
Selebihnya akan disenaraikan lagi dan lagi ..... dengan bantuan maklumat daripada anda sekalian. Sila respon melalui ruang komen.
14 Februari 2011
JEJAK KASIH ALUMNI SKSB (updated)
ke udara pada 4:35 PG oleh cyberboron | 15 ulasan |
Jawatankuasa Alumni SKSB sedang berusaha mendapatkan maklumat seramai mungkin bekas murid SKSB untuk memaklumkan perkembangan aktiviti sambutan 100 tahun SKSB yang berlangsung sepanjang tahun ini. Di bawah ini dipaparkan senarai 110 nama bekas murid SKSB sebagai kumpulan pertama yang ingin dijejaki. Ribuan nama akan menyusul kemudian.
Butiran keterangan bagi nama-nama yang dipaparkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada tambahan maklumat yang diperolehi.
Pihak kami amat mengalu-alukan bantuan daripada semua bekas murid SKSB dan sesiapa jua yang melayari blog ini agar dapatlah kami menghubungi seramai mungkin graduan SKSB.
Harap dimaafkan sekiranya terdapat kesilapan ejaan nama-nama yang dipaparkan.
BIL | NAMA | KETERANGAN | STATUS JEJAK |
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 | Tn Hj Mokhtar Ramli Dr Ishak Ibrahim Dr Ibrahim Abu Bakar Faisal Abd Ghafar Rahmat Abd Ghafar Fauzi Hussein Fathi Hussein Najmuddin Hussein Fakhri Hussein Faizul Hussein Azizi Lin Mohamad Lin Azian Lin Azman Lin Azlan Lin Husna Harith Mashitah Harith Mohd Shakib Harith Nurul Huda Harith Shamilah Harith Nawal Shifa' Harith Zuhriah Mohd Rejab Zuhairi Kamil Mohd Rejab Salwani Mohd Rejab Tn Hj Tarmizi Mohd Saad Yusof Ahmad Ismail Ahmad Azizah Abu Bakar Mazlan Abu Bakar Yusof Abu Bakar Subhi Abu Bakar Fadhli Abu Bakar Helmi Abu Bakar Dr Zainon Mohamad Zulkifli Mohamad Abdul Razak Jamaludin Rozali bin Hashim Tn Hj Abdullah Hashim Husin Sarman Salleh Idris Mohd Razin Osman Hamzah Kamarudin Abu Bakar Kamarudin Wahidah Husein Tn Hj Ahmad Helmi Harun Faizah Harun Raihan Harun Tn Hj Othman Ahmad Lunita Abd Mubin Mohd Fauzi Yusof Khairul Anuar Yusof Tn Hj Shaukei Kahar Mohd Amin Azahari Azmah Azahari Mohd Kamil Azahari Azkiah Azahari Zuhairi Azahari Mohd Zakuan Azahari Hilal Mohd Ali Hanani Mohd Ali Badri Ahmad Bazlan Ahmad Bahjah Ahmad Mohd Nizam Abdullah Norizam Abu Bakar Bahrain Mohd Sharif Melanie Nick Ritchie Souza Tn Hj Zainuddin Ramli Ahmad Othman Jamaluddin Saad Abdul Latif Mat Isa Rosni Mat Isa Rosli Mat Isa Hanim Ahmad Hamidah Marzuki Wan Azmi Wan Jusoh Fuad Mat Taib Khairi Abdullah Salmah Abdullah Basri Abdullah Noraini Harun Othman Ahmad Omar Mat Isa Fadzilah Yusof Abdul Wahid Mohd Radzi Azmi Mohd Radzi Mardhiah Mohd Radzi Zamri Abu Bakar Ibrahim Saad Norhashimah Shamsudin Sazali Omar Zulkifli Omar Mohd Ramli Amran Ahmad Kamal Amran Roslina Md Daud Intan Sofiah Md Daud Abdul Wahab Baharuddin Rosli Mohd Radzi Azizah Saleh Rozita Abd Manaf Zakaria Karim Alias Nordin Yahya Nordin Shaharudin Abd Rahim Norhayati Ridzuan Amir Hamzah Ridzuan Salwani Ridzuan Murad Ibrahim Rosli Shaari Azizah Ishak | Mantan Pengurus Besar AIM Prof. Madya UTP Bekas pemain s/takraw negara Manjung TV1 Cikgu Adam PUO Per Stadium M'sia Kom Sukan Negara Bacalah Anakku JPA Johor | belum belum belum belum belum belum sudah belum belum belum belum belum sudah sudah belum belum belum sudah belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum sudah belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum sudah belum belum belum sudah belum belum belum belum sudah belum sudah belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum sudah belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum belum |