Sambutan 100 Tahun SKSB

Pelbagai acara sambutan akan diadakan sepanjang tahun 2011. Lihat jadual asal DI SINI. Perubahan dan tambahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Projek 1 Rumah 1 Graduan

Alumni SKSB sedang menggerakkan anjakan jiwa warga Sungai Batu untuk melahirkan SEKURANG-KURANGNYA seorang graduan dari setiap sebuah rumah di desa tercinta ini.

Selamat Lahir Ke Dunia

Persatuan Alumni SK Sungai Batu Pantai Remis atau singkatannya ALUMNI SKSBtelah selamat didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Perak. Alhamdulillah!

Gambar Foto Dulu-Dulu

Jika masih ada gambar-gambar lama berkaitan SKSB atau kampung Sungai Batu, sudilah kiranya menitipkan soft-copy nya kepada kami untuk disimpan dalam album raksaksa SKSB.

Jejak Kasih Alumni SKSB

Terkini 110 nama telah disenaraikan sebagai 'WANTED'. Sekretariat Alumni SKSB amat berharap agar nama-nama ini dapat menghubungi sekretariat dengan kadar segera!

09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

ke udara pada 3:00 PTG oleh Azhar Mann 0 ulasan

Maaf Zahir Dan Batin


01 September 2010

SEJARAH SK SUNGAI BATU, PANTAI REMIS, PERAK DARUL RIDZUAN

ke udara pada 12:58 PTG oleh Azhar Mann 3 ulasan

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu telah dibuka pada 1hb Januari 1911 ketika negara ini di dalam penjajahan Inggeris dan di bawah kelolaan "company" yang berpusat di Pulau Pinang. Pada peringkat awal sekolah ini telah didirikan di atas satu kawasan yang berhadapan dengan bangunan sekolah sekarang yang merupakan bangsal yang sederhana besarnya dengan berbumbung tanpa dinding. Murid-murid belajar dengan bersila di atas tikar.

Mengikut ceritanya,sekolah ini didirikan di atas daya usaha beberapa orang yang disegani di kampung ini. Salah seorang daripada mereka ialah Allayarham Encik Hamid bin Hj.Tahir atau di kenali sebagai Pak Tam Mid. Dengan persetujuan daripada pihak "company" sekolah ini telah didirikan dan memulakan sesi pengajiannya dengan bilangan cuma 15 orang murid.

Guru yang mula-mula bertugas disekolah ini ialah Allahyarham Md.Sidek bin Hitam dengan gajinya hanya RM11.00 sebulan. Nama sekolah ini diberikan sempena nama tempat sekolah ini didirikan iaitu Kampung Sungai Batu lalu menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

Pada tahun 1914, bilangan murid bertambah menjadi seramai 30 orang. Bangunan sekolah ini telah dilengkapi dengan dinding pada tahun 1917 dan pada tahun 1920 bangunannya telah dibesarkan sedikit. Kemudahan buku bacaan serta kerusi dan meja telah diberikan oleh pihak company. Dengan bertambah bilangan murid, maka pada tahun 1927 sebuah bangunan baru setinggi dua tingkat telah dibina di atas tapak sekarang dan ianya telah digunakan pada tahun 1928. Dari setahun ke setahun, bilangan murid sekolah ini telah bertambah dan pada 1981 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru setinggi tiga tingkat dengan kosnya dianggarkan sebanyak RM300,000.00.

Kini, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu telah menjadi satu institusi yang menjadi kemegahan murid-murid dan guru-guru serta ibubapa dari Kampung Sg.Batu , Kampung Parit Amerikan, Kampung Nelayan, Kampung Tebok Yan dan sekitarnya.

PENGASAS SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

Pengasas sekolah Kebangsaan Sungai Batu ialah Allahyarham En.Hamid bin Hj.Tahir yang lebih dikenali sebagai Pak Tam Mid. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1865. Beliau merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik beradik. Beliau berasal dari negeri Kedah Darul Aman dan beliau telah berpindah mengikut keluarganya ke negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1900.

Bapa belau ialah Hj. Tahir bin Hj. Mohd Amin yang merupakan pengasas bagi pengajian pondok di kawasan ini. Abang beliau ialah Allahyarham Hj. Nawawi yang merupakan salah seorang ulama' yang terkenal di negeri Perak. Allayarham lebih dikenali dengan panggilan "Janggut Merah".

Hasil perkongsian hidup dengan Aminah binti Mat Saman, Pak Tam Mid telah memperolehi enam orang anak: dua orang lelaki dan empat orang perempuan. Pak Tam pernah berkhidmat sebagai guru agama di Kuala Kangsar, Perak.

Semasa hayatnya, beliau merupakan tokoh masyarakat setempat yang disegani oleh orang ramai. Atas daya usaha beliau bersama dengan rakan-rakanya, sebuah pondok pengajian telah didirikan atas tanah beliau sendiri untuk dijadikan sekolah ketika itu. Institusi pendidikan ini telah berjaya melahirkan ramai cendiakawan dan tokoh yang cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing yang menjadi kebanggaan masyarakat di sini.

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU YANG TELAH BERKHIDMAT
DARI TAHUN 1911-2010

01: EN. MD SIDEK BIN HITAM ( 02 JANUARI 1911 - 31 OKTOBER 1912 )
02: EN. AHMAD BIN HJ. MD SALLEH ( 01 NOVEMBER 1912 - 05 NOVEMBER 1912 )
03: EN. MD SHAH BIN LAHID ( 06 NOVEMBER 1912 - 07 DISEMBER 1912 )
04: EN. PUTEH BIN MUHAMAD ( 08 DISEMBER 1912 - 12 NOVEMBER 1923 )
05: EN. MD. HASHIM BIN MD KAFI ( 11 MEI 1926 - 17 FEBRUARI 1932 )
06: EN. HUSAIN BIN HJ.TAIB ( 18 FEBRUARI 1932 -25 NOVEMBER 1934 )
07: EN. PILUS BIN HAMZAH ( 04 NOVEMBER 1935 - 30 OKTOBER 1938 )
08. EN. ABD.GHANI BIN SHAMSUDIN ( 01 NOVEMBER 1938 - 03 NOVEMBER 1940 )
09: EN. MD.NOR BIN MD. ISA (07 NOVEMBER 1940 - 07 FEBRUARI 1945 )
10: EN. JOHARI BIN MD. SAMAN ( 08 FEBRUARI 1945 - 30 N0VEMBER 1946 )
11: EN. ENON JABADIN BIN SULAIMAN (01 DISEMBER 1946 - 04 FEBRUARI 1952 )
12: EN. JOHARI BIN MD. SAMAN ( 05 FEBRUARI 1952 - 06 JANUARI 1953 )
13: EN. ABDUL HAMID BIN AHMAD ( 11 JANUARI 1953 - 08 MAC 1960 )
14: EN. MD HUSAIN BIN IBRAHIM ( 09 MAC 1960 - 08 FEBRUARI 1977 )
15: EN NURUDDIN BIN HASHIM PJK ( 01 MAC 1977 - 01 MAC 1981)
16: EN. BUKHARI BIN DAWI (02 MAC 1981 - 15 JANUARI 1988 )
17: EN. DAHARI BIN ALANG ADIL AMN AMP PJK ( 16 JANUARI 1983- 05 SEPETEMBER 1988 )
18: EN. MAHIR AFANDI BIN HARUN PPN PJK ( 16 MEI 1989 - 30 JUN 1993 )
19. EN. AHMAD ZAMBRI BIN SHAMSUDIN ( 01 JULAI 1993 -15 OKTOBER 1996 )
20: EN. YM RAJA AHMAD SHAH BIN RAJA SHAHRUZZAMAN (16 OKTOBER 1996 -31 MAC 2001 )
21: EN. ZULKIFLY BIN MEOR LOP ( 01 APRIL 2001 - 01 MAC 2003 )
22. TN. HJ. KHUSAIRI BIN ALI HASSAN( 16 MEI 2003 - 24 JANUARI 2009 )
23: PN. HAMIDAH BINTI HJ.MAHMUD ( 16 MAC 2009 - 2010 )
24: EN. ABD AZIZ BIN ABD MAJID ( 2010 HINGGA SEKARANG )