Sambutan 100 Tahun SKSB

Pelbagai acara sambutan akan diadakan sepanjang tahun 2011. Lihat jadual asal DI SINI. Perubahan dan tambahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Projek 1 Rumah 1 Graduan

Alumni SKSB sedang menggerakkan anjakan jiwa warga Sungai Batu untuk melahirkan SEKURANG-KURANGNYA seorang graduan dari setiap sebuah rumah di desa tercinta ini.

Selamat Lahir Ke Dunia

Persatuan Alumni SK Sungai Batu Pantai Remis atau singkatannya ALUMNI SKSBtelah selamat didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Perak. Alhamdulillah!

Gambar Foto Dulu-Dulu

Jika masih ada gambar-gambar lama berkaitan SKSB atau kampung Sungai Batu, sudilah kiranya menitipkan soft-copy nya kepada kami untuk disimpan dalam album raksaksa SKSB.

Jejak Kasih Alumni SKSB

Terkini 110 nama telah disenaraikan sebagai 'WANTED'. Sekretariat Alumni SKSB amat berharap agar nama-nama ini dapat menghubungi sekretariat dengan kadar segera!

20 Mac 2011

INDAHNYA SKSB - KOLEKSI CIKGU RAHIM

ke udara pada 9:25 PTG oleh cyberboron 2 ulasan

Terima kasih cikgu!

Terasa teringin nak ucapkan ayat penghargaan ini secara beramai-ramai sambil berdiri di hadapan cikgu-cikgu yang pernah berbakti mendidik anak kampung Sungai Batu zaman berzaman.

Tulisan ini khas untuk memuatkan beberapa keping foto yang dipinjamkan oleh Cikgu Rahim yang pernah berkhidmat di SKSB sejak tahun 60an hingga penghujung 70an. Terima kasih cikgu!

Untuk makluman rakan-rakan alumni SKSB batch 70an, hasil pertemuan dengan Cikgu Rahim telah membawa kepada pertemuan semula dengan beberapa orang guru yang sezaman dengannya. Cikgu Ibrahim dan Cikgu Shamsiah kini di Ipoh. Cikgu Maimunah di Cameron Highland. Cikgu Zamri Abdullah telah kembali kerahmatullah. Insyaallah Cikgu Rahim, Cikgu Ibrahim, Cikgu Shamsiah, Cikgu Maimunah, Cikgu Siti Romainah dan Cikgu Maher akan hadir ke majlis pelancaran sambutan 100 tahun yang akan diadakan pada 25 Mac ini (Jumaat).

Sambil tu, tatapilah beberapa foto penuh nostalgia ini ....








04 Mac 2011

JOM JAYAKAN PELANCARAN SAMBUTAN 100 TAHUN!

ke udara pada 8:14 PG oleh cyberboron 1 ulasan

Untuk makluman semua bekas murid SKSB di seluruh pelusuk tanahair, Majlis Pelancaran sambutan 100 tahun sekolah kita akan diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) bermula pada jam 9.00 pagi di dewan kantin SKSB dan perkarangannya.

Ucapan dan upacara pelancaran akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T.

Bagi menjayakan majlis pelancaran ini, Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun SKSB memohon kemurahan hati semua pihak terutamanya bekas murid SKSB sudilah kiranya menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai kos majlis tersebut.

Sumbangan bolehlah dibuat melalui mana-mana cara berikut:

1. Cek atas nama PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU.

2. Dikreditkan melalui kaunter bank atau melalui mesin deposit atau pindahan wang melalui mesin ATM atau pindahan secara online ke dalam akaun PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

NO. AKAUN MAYBANK : 1081 8605 1284

Kemurahan hati anda semua amat dihargai.