15 Februari 2011

INTAN BERLIAN KELAHIRAN SKSB


6:03 PG | ,

Assalamualaikum. Catatan ini bermaksud memulakan pencarian nama-nama hebat dan cemerlang dari kalangan bekas murid SKSB sepanjang zaman. Selayang pandang menoleh ingatan ke belakang, jelas terpentas beberapa butir bintang yang telah mengukir gemerlapan nama di bidang masing-masing. Graduan SKSB terbukti mantap.


Sekadar menyebutkan beberapa nama .....

Birokrat hebat ... Tuan Haji Mokhtar Ramli - mantan Pengurus Besar Amanah Ikhtiar Malaysia yang sebelumnya merupakan Pengarah Arkib Negara di beberapa buah negeri.

Dr. Zainon Mohamad - sedang bertugas sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Manjung.

Tuan Haji Abdullah Hashim - personaliti TV yang sangat dikenali (pengacara/pengulas rancangan sukan)

Ismail Ahmad - bekas pemain sepaktakraw kebangsaan yang pernah muncul sebagai juara dunia ketika Kejohanan Sepaktakraw Dunia kali pertama. Selepas meninggalkan skuad sepaktakraw kebangsaan sebagai pemain, tokoh sukan kita ini meneruskan kehebatannya memikul tugas sebagai jurulatih kebangsaan.

Tuan Haji Tarmizi Mohd Saad - kini sebagai Pengarah Eksekutif INFAQ YaPEIM Sdn Bhd. Sebelum itu berkhidmat di Kementerian Kewangan sejak menamatkan pengajian di menara gading.

Omor bin Saad - sedang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.

Doktor perubatan ... Dr. Ishak Ibrahim, Dr. Ibrahim Abu Bakar, Dr. (anak Cikgu Adnan .. sesiapa yang tahu, tolong maklumkan namanya).

Pensyarah IPT ... Prof. Madya Fathi Hussein, Azizi Lin, Mohamad Lin, Mohd Razin Osman dan tak kurang daripada 15 nama lain (tolong maklumkan kepada kami).

Peguam ... Faisal Abd Ghafar

Selebihnya akan disenaraikan lagi dan lagi ..... dengan bantuan maklumat daripada anda sekalian. Sila respon melalui ruang komen.


You Might Also Like :


0 ulasan: