04 Mac 2011

JOM JAYAKAN PELANCARAN SAMBUTAN 100 TAHUN!


8:14 PG | ,

Untuk makluman semua bekas murid SKSB di seluruh pelusuk tanahair, Majlis Pelancaran sambutan 100 tahun sekolah kita akan diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) bermula pada jam 9.00 pagi di dewan kantin SKSB dan perkarangannya.


Ucapan dan upacara pelancaran akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak iaitu Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa P.M.P, K.M.N, A.M.P, P.P.T.

Bagi menjayakan majlis pelancaran ini, Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun SKSB memohon kemurahan hati semua pihak terutamanya bekas murid SKSB sudilah kiranya menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai kos majlis tersebut.

Sumbangan bolehlah dibuat melalui mana-mana cara berikut:

1. Cek atas nama PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU.

2. Dikreditkan melalui kaunter bank atau melalui mesin deposit atau pindahan wang melalui mesin ATM atau pindahan secara online ke dalam akaun PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU

NO. AKAUN MAYBANK : 1081 8605 1284

Kemurahan hati anda semua amat dihargai.


You Might Also Like :


1 ulasan:

Raihan berkata...

Tahniah kepada semua rakan yang berjaya merealisasikan Alumni SKSB.... Saya amat berbangga dan akan hadir pada pelancarannya nanti , Insyaallah.

Salam Ikhlas dari bekas pelajar 1973-78 ( Raihan binti Harun)