20 Mac 2011

INDAHNYA SKSB - KOLEKSI CIKGU RAHIM


9:25 PTG | ,

Terima kasih cikgu!

Terasa teringin nak ucapkan ayat penghargaan ini secara beramai-ramai sambil berdiri di hadapan cikgu-cikgu yang pernah berbakti mendidik anak kampung Sungai Batu zaman berzaman.

Tulisan ini khas untuk memuatkan beberapa keping foto yang dipinjamkan oleh Cikgu Rahim yang pernah berkhidmat di SKSB sejak tahun 60an hingga penghujung 70an. Terima kasih cikgu!

Untuk makluman rakan-rakan alumni SKSB batch 70an, hasil pertemuan dengan Cikgu Rahim telah membawa kepada pertemuan semula dengan beberapa orang guru yang sezaman dengannya. Cikgu Ibrahim dan Cikgu Shamsiah kini di Ipoh. Cikgu Maimunah di Cameron Highland. Cikgu Zamri Abdullah telah kembali kerahmatullah. Insyaallah Cikgu Rahim, Cikgu Ibrahim, Cikgu Shamsiah, Cikgu Maimunah, Cikgu Siti Romainah dan Cikgu Maher akan hadir ke majlis pelancaran sambutan 100 tahun yang akan diadakan pada 25 Mac ini (Jumaat).

Sambil tu, tatapilah beberapa foto penuh nostalgia ini ....








You Might Also Like :


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
secara kebetulan saya menerima pendidikan awal di SK Sg. Batu ini pada 1961 - 1966. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Hussein Ibrahim.

MBL.

Tanpa Nama berkata...

photo ke-5:
sebahagian daripada mereka pernah mengajar dan mendidik saya. Antara nama yang masih dingati (harap betul) ialah cikgu long heng mah (lukisan), cikgu talib (bahasa), cikgu sahul hamid (bola sepak).

MBL.